Thursday, 1 December 2016

KEMAHIRAN JANGAN DIPANDANG RENDAH

Jangan dipandang bidang kemahiran dengan sebelah mata sekiranya kita tidak pernah mencuba.. Jangan kita mengata yang bidang kemahiran juga tidak menjamin masa depan anak-anak kita.. Belum cuba belum tau.. Belum tentu lagi dengan keputusan SPM, kita dah boleh minta kerja di mana-mana, belum tentu dengan adanya segulung diploma mahupun ijazah bila sahaja kita bawa resume untuk minta kerja di mana-mana Pejabat Kerajaan mahupun swasta kita tidak disoal dengan " ada pengalaman kerja?" ini kerana bidang kemahiran yang diwar-warkan dikaca tv kita.. media masa.. media sosial.. adalah salah satu bidang yang membantu para pelajar mahupun anak-anak kita berjaya selepas tamat pengajian, Mereka boleh membuat kerja kerana dengan kemahiran yang mereka pelajari. Dengan kemahiran yang mereka pelajari juga, mereka berpeluang untuk bekerja dengan industri atau membuka perniagaan sendiri.. Jangan kita memandang hina pada atau memandang rendah pada yang kurang dari segi akademik.. Kerana mereka memang dilahirkan dengan IQ kurang dari yang mempunyai IQ yang tinggi dan membolehkan mereka berjaya dalam akademik.. Walaupun tidak berjaya dalam akademik.. mereka mampu berjaya dalam bidang kemahiran..